Permainan Digital : Pendekatan Baharu Dalam Pendidikan Masa Depan

Prosiding Seminar Kebangsaan ICT Dalam Pendidikan (2013)

Abstrak-

Perkembangan dan peledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin pesat pada masa ini. Ia selari dengan perkembangan pendidikan daripada kaedah tradisional hingga ke pembelajaran berbantukan komputer dan diteruskan lagi dengan pendekatan permainan digital dalam pendidikan. Kertas kerja ini membincangkan tentang faedah dan cara mendapatkan permainan digital melalui rumusan kajian-kajian yang telah dijalankan serta perkembangan penggunaan permainan digital di dalam dan di luar Malaysia. Cadangan-cadangan untuk menjayakan penggunaan permainan digital dalam pendidikan di Malaysia telah diliputi dalam kertas ini, dengan harapan ia boleh menjadi satu kaedah pembelajaran baharu yang boleh dilaksanakan secara formal pada masa akan datang.

Untuk prosiding penuh sila email kepada admin

0 comments:

Post a Comment